fbpx

Hanya 50 peratus majikan patuh Akta 446

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang berucap pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Penginapan Pekerja di Bawah Akta 446 dan Buku Terbitan JTKSM 2021 di Kementerian Sumber Manusia di sini, hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia kesal kerana hanya 50.01 peratus majikan di Semenanjung Malaysia yang menyediakan penginapan sempurna untuk para pekerja mereka.

Selebihnya itu masih tidak lagi patuh Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 Pindaan 2019 atau Akta 446 yang telah dikuatkuasakan tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata, sejak Februari lepas sehingga semalam, hanya 17,128 majikan berjaya memenuhi keperluan akta itu hasil operasi penguatkuasaan.

Ia melibatkan keseluruhan 34,248 majikan dengan sejumlah 150,248 asrama atau kuarters pekerja berpusat (CLQ) diperiksa oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

“Baki 17,120 majikan ingkar akta ini dengan sebanyak 1,169 kertas siasatan telah dibuka dan daripada itu kita dapat izin kompaun ke atas 796 kes dengan nilai RM9,149,000,” katanya.

Mengulas lanjut, Awang berkata, daripada jumlah majikan yang degil itu, 134 kertas siasatan sudah pun mendapat izin pendakwaan dengan denda keseluruhannya berjumlah RM841,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI