fbpx

DBP hargai Tuan Ibrahim guna bahasa Melayu di Glasgow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim.

PUTRAJAYA – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meraih penghargaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) susulan berucap dalam Bahasa Melayu pada persidangan antarabangsa di Glasgow, Scotland, semalam.

Penghargaan itu dikongsi DBP menerusi sekeping surat rasmi yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan hari ini.

Surat penghargaan DBP kepada Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau berterima kasih kepada pihak DBP atas penghargaan itu.

“Terima kasih, Prof dan pihak DBP. Insya-Allah, semoga aspirasi DBP dan kita semua untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN dan bahasa di PBB akan tercapai satu hari nanti,” katanya.

Menerusi surat penghargaan itu, Awang Sariyan merakamkan syabas dan tahniah kepada Tuan Ibrahim kerana mengangkat bahasa kebangsaan dalam forum antarabangsa sekali gus mendukung maruah dan kedaulatan negara.

Jelas Awang Sariyan lagi, beliau positif bahawa Bahasa Melayu dapat ditingkatkan di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim membuat kemunculan pada Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dengan menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.

Beliau menyampaikan kenyataan negara dalam Bahasa Melayu selama kira-kira tiga minit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI