fbpx

Tiada ganjaran Shakam buat Ziyad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYAD terlepas pingat emas dan rekod dunia selepas penyertaannya dibatalkan kerana didapati lewat tiba di ‘Call Room’ pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo, Jepun, September lepas.

Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD
dan MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memutuskan tiada ganjaran diberikan kepada atlet para­limpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, atlet tersebut dikatakan bakal menerima habuan daripada pihak lain dan tiada kena mengena dengan peruntukan daripada kerajaan.

“Saya akan berhubung dengan Ziyad bagi berbincang mengenai ganjaran itu. Ada pihak lain yang ingin memberi tawaran kepada Ziyad kerana melihat kejayaan­nya pada Sukan Paralimpik ­Tokyo 2020, Ogos lalu.

“Apa bentuk ganjaran yang bakal diterima Ziyad tidak molek saya umumkan di sini kecuali dia sendiri yang mahu maklumkan,” katanya ketika ditemui pada ­majlis pelancaran Pelan Anti­rasuah Organisasi (OACP) di KBS, Putrajaya semalam.

Sementara itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin memberitahu, pihaknya memperkenalkan Surat Aku Janji sebagai langkah mengelak keja­dian lewat tiba di ‘Call Room’ se­perti dihadapi Ziyad pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak berulang pada masa akan datang.

Sukan Para Remaja Asia 2021 (AYPG2021) di Bahrain pada 2 hingga 6 Disember depan akan menjadi kejohanan sulung yang mengguna pakai Surat Aku Janji berkenaan.

“Kenapa jurulatih luar boleh jadi profesional dan kenapa mereka boleh datang tepat pada masanya? Kami mahu pastikan setiap jurulatih ambil serius dan pastinya tanggungjawab akan jadi lebih berat. Secara tidak langsung jurulatih juga akan ­lebih profesional.

“Inilah yang kita mahu buat. Walaupun hubungan jurulatih dan atlet memang sudah ada, kamu (jurulatih) kena lebih tegas dan ada jurang. Toleransi itu memang ada tetapi kadang-kadang terlebih manja. Kita tidak mahu ia terjadi,” kata Megat D Shah­riman selepas sidang akhbar Sukan Para Remaja Asia 2021 di Kuala Lumpur semalam.

Dalam Surat Aku Janji itu, pegawai pasukan akan terikat dengan janji dalam merancang, menyelaras, mengawal dan akan melaporkan perkembangan semasa secara harian.

Menerusi surat akuan itu juga, pegawai terbabit akan terikat dengan tindakan perundangan mengikut Akta Pembangunan Sukan (pindaan) 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI