fbpx

Tiada aduan kes cacing helikopter dalam pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan seorang pengguna konon menarik seekor cacing helikopter daripada sebiji pisang. – Foto media sosial

PUTRAJAYA – Jabatan Pertanian Malaysia menafikan rakaman video yang tular menerusi media sosial mengenai isu kewujudan cacing helikopter atau helicobacter dalam pisang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zahimi Hassan berkata, maklumat yang dipaparkan dalam hantaran ditularkan itu juga tidak benar dengan informasi didapati tidak sahih selain diragui.

“Sehingga kini, tiada aduan dan laporan mengenai kes serangan helicobacter pada tanaman pisang di Malaysia yang diterima oleh pihak jabatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa helicobacter merupakan sejenis bakteria dan bukan dari kumpulan serangga atau ulat seperti dilaporkan dalam video berdurasi satu minit 29 saat itu.

Berdasarkan rekod luar negara, rakaman yang tular itu juga didapati berasal dari sumber tidak sahih kerana adalah tidak normal untuk cacing menyempurnakan kitaran hidup dalam pisang.

Ia turut diakui Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan dan Pertanian Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu menerusi ciapan di akaun sosial rasmi Twitter agensi itu pada 1 November lalu.

“Justeru, memang agak luar kebiasaan bagi seekor cacing mampu untuk melengkapkan satu pusingan hidup dalam buah pisang sehingga saiz ditunjukkan melalui video itu,” jelas Zahimi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI