fbpx

Projek Nexus tingkat kecekapan pembayaran rentas sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet)  bakal bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa dalam pembuktian konsep untuk menurunkan kos dan mempercepat pembayaran rentas sempadan. 

Dikenali sebagai Projek Nexus, ia akan mengkaji kebolehlaksanaan untuk menghubungkan sistem pembayaran masa nyata di Malaysia, Singapura dan kawasan euro, membolehkan pelanggan menghantar dan menerima pembayaran rentas sempadan dengan serta-merta dan selamat.

BNM menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini berkata, terdapat kajian yang dijangka diterbitkan menjelang akhir tahun 2022 itu akan membantu membangunkan satu rangkaian sistem pembayaran masa nyata global pada masa hadapan.

“Prototaip yang akan dibangunkan di bawah pembuktian konsep ini belum boleh digunakan oleh orang ramai buat masa ini.

“Projek Nexus diketuai oleh Bank for International Settlements dan rakan kongsi antarabangsa lain ialah Banca d’Italia, Monetary Authority of Singapore dan Banking Computer Services Pte Ltd (BCS),” katanya.

Menurut BNM, penyertaan Malaysia dalam Project Nexus melengkapkan usaha sedia ada negara dalam menghubungkan sistem pembayaran masa nyata/DuitNow dengan sistem pembayaran masa nyata lain di rantau ASEAN. 

Tambahnya, jalinan pembayaran antara Malaysia dengan Thailand yang dilancarkan pada bulan Jun 2021 membolehkan pembayaran rentas sempadan masa nyata menggunakan kod respons pantas (QR) antara kedua-dua negara.

“Perkhidmatan yang dipermudahkan oleh jalinan ini akan diperluaskan lagi pada tahun 2022 untuk menyokong pindahan dana masa nyata dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih. 

“Usaha sedang giat dijalankan untuk mewujudkan jalinan pembayaran yang sama dengan Indonesia dan Singapura yang masing-masing akan dilancarkan pada penghujung tahun 2021 dan 2022. 

“Peningkatan kesalinghubungan antara negara melalui jalinan pembayaran ini akan menjadi pendorong untuk menyokong integrasi ekonomi dan kewangan serantau yang lebih rapat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI