fbpx

Penganggur kantoi sorok dadah bawah tempat duduk motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang ditemui disorok di bawah tempat duduk motosikal yang ditunggangi suspek dalam satu pemeriksaan di tepi jalan Taman Rasa Sayang, di sini, kira-kira 12.30 tengah malam semalam. - Foto IHSAN POLIS

TAMPIN – Taktik licik seorang penganggur menyorokkan ganja di bawah tempat duduk motosikal yang ditunggangi berjaya dihidu pasukan polis dalam satu pemeriksaan di tepi jalan Taman Rasa Sayang, di sini, kira-kira 12.30 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, bertindak atas maklumat yang diterima sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tampin telah menahan suspek berusia 26 tahun itu dan hasil pemeriksaan menemui 12 peket lutsinar yang mengandungi dadah jenis ganja seberat 52 gram yang disorokkan di bawah tempat duduk motosikal yang ditunggangi suspek.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dadah berkenaan untuk dijual kepada penduduk di sekitar daerah ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan terutamanya membabitkan punca bekalan dadah tersebut.

“Hasil ujian saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibal. Suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan dua daripadanya melibatkan kesalahan dadah.

“Suspek kini ditahan reman di bawah sek 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama enam hari dan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sek 15(1) (a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI