fbpx

Farzana Hayani tidak langgar Akta UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roziah ketika sidang akhbar hari ini. - FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Penyertaan salah seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Farzana Hayani Mohd. Nasir sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak melanggar Akta UiTM.

Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, pihaknya telah menyemak akta tersebut sebaik sahaja Farzana Hayani diumumkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada Isnin lalu.

“UiTM mempunyai akta sendiri dan akta tersebut membenarkan Farzana bertanding dalam PRN Melaka.

“Dia juga merupakan pelajar UiTM pertama yang masih belajar menjadi calon bagi sesebuah parti politik bertanding dalam pilihan raya,” katanya ringkas selepas Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Sijil Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records di Bangunan Canselori UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.

Farzana Hayani, 21, mencipta sejarah baharu dalam dunia politik Malaysia apabila menjadi calon termuda yang bertanding dalam PRN tersebut.

DUN Sungai Rambai menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Farzana, Siti Faizah Abdul Azis (Barisan Nasional), Muhammad Jefri Safry (Perikatan Nasional) dan Nazatul Asyraf Md. Dom (Parti Bumiputera Perkasa Malaysia).

Sementara itu, Roziah menasihati pelajar UiTM supaya menghabiskan pengajian mereka terlebih dahulu sebelum menerima tawaran menjadi calon mana-mana parti politik untuk bertanding dalam pilihan raya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN