fbpx

CIAST diiktiraf jadi COE TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AWANG (kiri) dan Zaihan menunjukkan plag pelancaran program itu.

SHAH ALAM – Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) diiktiraf menjadi Pusat Kecemerlangan (COE) berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sekali gus perintis pembangunan tenaga pengajar bidang itu.

Pengiktirafan di peringkat kebangsaan itu turut diperkukuhkan dengan pembangunan TVET Instructor e-Profiling System (TiPS) yang berfungsi menganalisa jurang kompentensi pengajar secara sistematik.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, CIAST menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) diberi mandat menyelaras pelaksanaan program Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme Tenaga Pengajar TVET.

“Pelaksanaan program khas berkenaan merangkumi 10 kementerian pelaksana yang berkaitan.

“CIAST sebagai COE bagi pengajar kemahiran TVET berperanan melaksanakan program pemantapan kemahiran dan latihan pedagogi kepada semua bakal tenaga pengajar TVET,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program COE CIAST itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JTK), Datuk Zaihan Shukri.

Menurut Awang, sebanyak 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi baharu dalam sektor ekonomi dan 60 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki aliran TVET disasarkan menjelang 2030.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI