fbpx

Bung Mokhtar dapat pelepasan sementara pasport keluar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini mengembalikan sementara pasport Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin bagi membolehkan beliau berlepas ke luar negara bulan ini.

Hakim Rozina Ayob membenarkan pelepasan sementara pasport beliau selama 13 hari bermula hari ini hingga 22 November ini bagi membolehkannya memulakan perjalanan ke Arab Saudi atas urusan rasmi.

Peguam Teh See Khoon yang mewakili Bung Mokhtar memberitahu pihak media, mahkamah membenarkan permohonan itu berikutan tiada bantahan dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Rozina kemudian mengarahkan beliau memulangkan semula pasport pada 22 November sebelum perbicaraan bersambung pada 26 November ini.

Pasportnya ditahan oleh mahkamah sebagai sebahagian daripada syarat jaminan dalam perbicaraan rasuah yang sedang didengar di hadapan hakim berkenaan manakala isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad turut didakwa atas tuduhan bersubahat.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi membenarkan empat figura terkenal iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mendapatkan pasport masing-masing untuk ke luar negara atas urusan berlainan.

Najib dan isteri ke Singapura, Ahmad Zahid ke Jerman manakala Muhammad Shafee ke New York, Amerika Syarikat selepas pihak pendakwaan tidak membantah keempat-empat permohonan yang dikemukakan secara berasingan.

Bung Mokhtar dibicarakan atas tiga pertuduhan, satu daripadanya menerima rasuah RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan (II) agar Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual di Public Bank Cawangan Taman Melawati di Jalan Bandar 12, Taman Melawati, Kuala Lumpur, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Berhubung pertuduhan kedua, Bung Mokhtar didakwa menerima rasuah RM262,500 daripada Madhi, melalui Public Islamic Treasures Growth Fund nombor akaun 044797816 yang didaftarkan atas nama Zizie.

Bung juga menghadapi pertuduhan ketiga mendapatkan suapan RM335,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui nombor akaun Public Ittikal Sequel Fund 044797824 yang didaftarkan atas nama Zizie.

Zizie juga dibicarakan atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya melakukan kesalahan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI