fbpx

Tidak semua penjawat awam ada isu salah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi ketika memberi ucapan semasa Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Integriti Nasional 2021 bertempat di Institut Integriti (IIM) hari ini.

PETALING JAYA – “Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga”, pepatah Melayu yang menggambarkan situasi yang dihadapi penjawat awam terutamanya isu berkenaan salah laku dan penyelewengan.

Perkara ini telah mendapat perhatian meluas terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia yang akan sentiasa memerhati isu penjawat awam itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, isu berkenaan integriti memang sering menjadi isu perbincangan rakyat negara ini.

“Amanah yang telah diberikan kepada kita semua adalah besar, dan kerana itu lah salah laku yang libatkan penyelewengan ini memang dipandang berat oleh masyarakat.

“Isu salah laku dan penyelewengan melibatkan penjawat awam, termasuklah pegawai-pegawai kanan, telah mendapat perhatian umum dan memang benar ini hanyalah segelintir, tapi bak kata pepatah Melayu ‘kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga’,” katanya dalam ucapan ketika Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Integriti Nasional 2021 bertempat di Institut Integriti (IIM) hari ini.

Tambah Wan Junaidi, integriti adalah sebahagian daripada nilai-nilai murni yang patut dipupuk di dalam diri setiap individu untuk sentiasa melakukan perkara yang bentul.

“Dalam usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju, kita juga perlu membendung gejala yang tidak sihat kerana ia boleh merosakkan usaha-usaha yang dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat,” katanya lagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI