fbpx

Suami robohkan kaki lima kerana sebabkan isterinya terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video yang menunjukkan lelaki itu merobohkan lantai kaki lima di Kota Ambon. - TikTok

JAKARTA – Seorang suami yang berang kerana isterinya terjatuh selepas melalui sebuah kawasan kaki lima di Kota Ambon, Maluku bertindak merobohkan kaki lima tersebut, lapor laman berita Detik.com semalam.

Dalam rakaman video berdurasi 30 saat yang tular itu, lelaki tersebut dilihat menjerit-jerit di jalan Dr. Soetomo, Kota Ambon.

Dia juga menghancurkan lantai kaki lima itu dengan menggunakan tukul.

“Kejadian berlaku sekitar pukul dua atau tiga petang (waktu tempatan). Ketika itu, saya sedang melayan seorang pembeli dan lelaki itu tiba-tiba menghancurkan kaki lima itu.

“Dia menghancurkan kaki lima itu dan berkata bahawa kali lima itu telah menyebabkan isterinya terjatuh,” kata seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Julia.

Menurut Julia, dia melihat pasangan suami isteri itu yang menaiki motosikal dan terjatuh ketika mahu memasuki sebuah pasar mini.

Mereka dipercayai terjatuh kerana jalan tersebut yang licin kerana hujan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI