fbpx
Annuar beramah mesra dengan penerima bantuan pada Majlis Penyampaian Bantuan Deepavali Rumah Prihatin, di Rumah [email protected] Seasons, di sini hari ini. /FOTO SHIDDIEQIIN ZON

Rangkaian 5G dilancarkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal melancarkan rangkaian 5G yang pertama di Kuala Lumpur esok seperti yang dirancang di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelancaran itu adalah untuk tahun yang pertama sebelum mencapai kira-kira 36 peratus liputan di seluruh negara.

“Kemudian secara berperingkat-peringkat liputan 5G akan diperluaskan selepas dilancarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

“Pada tahun hadapan pelancaran 5G akan ditumpukan pula di negeri padat penduduk termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak,” ujarnya ketika sidang akhbar ketika majlis penyampaian bantuan Deepavali Rumah Prihatin di Rumah [email protected] Seasons, di sini hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan 5G adalah ‘game changer’ bagi ekonomi negara untuk masa hadapan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam kegiatan-kegiatan berteknologi tinggi dengan menggunakan perkhidmatan 5G.

“Sekarang ini, jendela yang memfokuskan kepada kemudahan 4G sedang berjalan dan kita sedang giat melancarkan 5G.

“Jadi, semua ini mesti dimanfaatkan oleh rakyat, maka Pusat-pusat Ekonomi Digital (PEDi) termasuk yang dibuka di Rumah Prihatin ini adalah untuk memastikan rakyat mempunyai platfrom untuk mengikuti perkembangan tekonologi digital yang terbaharu,” ujarnya. – K! ONLINE

POPULAR