fbpx

Perkasa kaedah agihan zakat dengan manfaat teknologi semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDRIS ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2021 secara maya hari ini. – Foto ihsan Jawhar

PUTRAJAYA – Semua agensi pengurusan zakat di negara ini wajar memperkasakan kaedah pengagihan bantuan zakat kepada kumpulan sasar dengan memanfaatkan teknologi semasa.

Hasrat itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang berpandangan bahawa perubahan pendekatan mesti dilakukan sering kemajuan terkini.

“Terdapat pelbagai kaedah baharu boleh dilaksanakan dan selagi mana masih berada dalam kerangka syarak, kita perlu keluar daripada zon selesa mengorak langkah ke depan,” katanya hari ini.

Beliau berucap merasmikan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2021 secara maya dan turut disertai oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Selamat Paigo.

Program tahunan dianjurkan agensi tersebut sejak 2008 itu pada kali ini berlangsung secara dalam talian sejajar norma baharu selepas tidak diadakan tahun lalu disebabkan isu Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI