fbpx

Kajol jawab isu hadiah hari jadi SRK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJOL berasakan segala doa bjat SRK sudah termakbul apabila Aryan sudah dibebaskan daripada tahanan polis.

HUBUNGAN rapat antara pelakon Kajol dan Shah Rukh Khan (SRK) tidak perlu diperkatakan lagi. Selain rapat sebagai rakan artis, kedua-duanya juga dikatakan gandingan ideal jika sama-sama membintangi sesebuah filem sebagai hero dan heroin.

Bagaimanapun, baru-baru ini Kajol menerima soalan yang ditanyakan peminatnya dalam ruangan soal jawab InstaStory berkaitan ucapan hari jadi SRK yang disambut pada 2 November lalu.

Seorang pengguna Instagram bertanya mengapa pelakon filem Dilwale itu dilihat tidak meninggalkan apa-apa komen dan ucapan kepada sahabatnya itu.

“Kenapa tidak memberikan ucapan kepada SRK?” soal seorang netizen.

Menjawab dengan tenang, Kajol mempunyai jawapan tersendiri mengapa dia tidak berbuat demikian.

“Apa lagi yang boleh saya ucap dan doakan untuk dia? Rasanya semua doanya sudah termakbul apabila anak lelakinya, Aryan sudah pulang ke rumah,” jawab Kajol.

Sekadar info, anak lelaki SRK iaitu Aryan telah ditahan polis pada 2 Oktober lalu atas kesalahan dadah.

Bagaimanapun, dia telah dibebaskan dari penjara dengan ikat jamin polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI