fbpx

Felda jadi lubuk penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FAISAL (empat dari kanan) menunjukkan barang rampasan dadah yangbakan dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini. FOTO: NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Kawasan Felda di negeri ini dikesan menjadi antara ‘lubuk’ aktiviti penyahlahgunaan dadah dengan anggaran 30 peratus daripada keseluruhan tangkapan pada tahun ini melibatkan lokasi tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan, Superitendan Mohd. Faisal Mohd. Noor berkata, kawasan Felda terlampau luas dan mempunyai jalan tikus yang menyebabkan penagih memilih tempat itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa

“Kawasan dalam Felda terutama dalam kebun kelapa sawit menjadi ‘port’ (lubuk) penagih dadah, kalau tidak biasa boleh sesat.

“Kebanyakan individu terlibat dalam aktiviti dadah kerana mereka ada duit serta dipengaruhi kawan-kawan serta orang sekeliling selain mahukan hiburan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Jelas Mohd. Faisal, sepanjang bulan Januari hingga Oktober tahun ini Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan telah melakukan sebanyak 4,334 tangkapan berbanding 5,742 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, 2,303 melibatkan penagih dadah, 1,298 (pengedar dadah) dan 734 (pemilikan dadah).

“Jumlah anggaran keseluruhan nilai ranpasan dadah adalah RM2.64 juta dan nilai sitaan aset-aset RM5.5 juta,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI