fbpx

Cukai Makmur tidak akan jejaskan pembayaran dividen kepada pemegang saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa syarikat yang bakal dikenakan Cukai Makmur menyokong pelaksanaan cukai secara ‘one-off’ itu dan memberi jaminan ia tidak akan menjejaskan pembayaran dividen kepada pemegang saham.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dijangkakan kurang 250 syarikat bakal dikenakan cukai korporat tambahan itu dan bukannya membabitkan jumlah syarikat yang besar.

“Sebagai contoh, Telekom Malaysia Bhd. (TM), Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Axiata telah menyatakan sokongan terhadap usaha ini (Cukai Makmur). Top Glove juga menyatakan mereka gembira untuk menyumbang kepada Cukai Makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Invest Malaysia 2021 Siri 2 yang dianjurkan Bursa Malaysia dengan kerjasama CIMBCGS secara maya.

Tengku Zafrul turut memberi jaminan Cukai Makmur yang dicadangkan kerajaan untuk dilaksanakan tahun depan itu hanya akan dikenakan secara sekali saja memandangkan negara sedang menghadapi keadaan luar biasa.

“Hasil kutipan Cukai Makmur akan digunakan untuk memantapkan lagi sistem kesihatan di negara ini supaya kekal berdaya tahan dalam mendepani sebarang cabaran mendatang,” jelasnya.

Selain itu, Tengku Zafrul memaklumkan, Malaysia berada dalam landasan untuk mencapai sasaran defisit 6.5 peratus tahun ini dengan jangkaan pemulihan ekonomi yang kukuh pada suku keempat 2021.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI