fbpx

Reman enam suspek bunuh ah long disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang mati ditetak di Bandar Bukit Tinggi, semalam.

KLANG – Enam suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang ah long sebelum ini disambung reman enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, perintah sambungan reman terhadap kesemua suspek berusia 27 hingga 54 tahun itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Klang, Sarina Sulaiman.

Katanya, tempoh reman tersebut bermula hari ini sehingga 13 Nobember depan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! terdahulu melaporkan dendam dipercayai motif kejadian seorang lelaki dipercayai ah long mati ditetak di hadapan sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi di sini, kelmarin. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI