fbpx

KPM larang amalan pemeriksaan haid di semua institusi pendidikannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan larangan bagi amalan pemeriksaan haid di semua institusi pendidikannya di seluruh negara.

Larangan itu seiring dengan surat makluman dikeluarkan KPM pada 2 November lalu bertajuk Peringatan Berkaitan Pemeriksaan Fizik Dalam Kalangan Murid Perempuan di Sekolah.

Surat makluman ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid itu ditujukan kepada semua Ketua Bahagian KPM dan Pengarah Pendidikan Negeri.

Menerusi surat makluman itu, KPM mendapati bahawa tindakan pemeriksaan fizikal, khususnya berkaitan haid dalam kalangan pelajar perempuan ada berlaku di institusi pendidikan bawah KPM.

“KPM memandang serius perkara ini dan menegaskan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Sehubungan itu, semua jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah hendaklah memastikan amalan dan tindakan pemeriksaan fizikal khususnya berkaitan haid tidak berlaku di mana-mana institusi bawah KPM,” kata surat makluman berkenaan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI