fbpx

Tujuh kluster baharu dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak tujuh kluster baharu dikenal pasti hari ini terdiri daripada tiga kluster komuniti, tiga kluster tempat kerja dan satu kluster pendidikan tinggi dilaporkan di Kelantan, Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut antara penyumbang kepada 4,343 kes harian negara dengan sembilan daripadanya kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,506,309 kes.

“Daripada kes yang dilaporkan hari ini, 68 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,275 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 554 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 272 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 5,190 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,412,395 kes. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI