JAKARTA- Seorang wanita di Indonesia dilaporkan menyebabkan keretanya terbabas ke dalamĀ sawah padi ketika memandu dalam keadaan mengantuk, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi satu klip video tular yang dikongsikan di laman Instagram oleh pemilik akaun dengan nama @bayuwangi_hitss itu, kelihatan sebuah kereta berwarna kuning berada di tengah-tengah sawah padi di kawasan Karangbendo Rogojampi, Jawa Timur.Ā
Rakaman itu turut memaparkan seorang wanita dan anggota polis berjalan menujuĀ ke arah kereta terbabit.
Sementara itu, penduduk di kawasan berdekatan turut menyaksikan kejadian tersebut.
Kejadian itu mendapat perhatian dan komen netizen.
Ā “Petani menangis melihat kejadian ini,” kata seorang pengguna Instagram dengan nama @firda**. – AgensiĀ
















