fbpx

Disangka jala ikan, rupanya mangsa langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian video di laman TikTok @prettyayue.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri pada mulanya menyangka seorang lelaki yang berada di dalam longkang sedang menjala ikan, tetapi rupa-rupanya dia dipercayai menjadi mangsa langgar lari.

Video mengenai kejadian itu tular menerusi TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang penghantar makanan terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga motosikalnya tercampak ke dalam longkang.

Menurut pengguna @prettyayue yang berkongsikan video tersebut, dia dan suaminya pada mulanya menyangka lelaki itu sedang menjala ikan di longkang tanpa menyedari kejadian yang berlaku sebenarnya satu kemalangan.

“Mula-mula tak perasan pun ada orang terjatuh di dalam longkang, husband (suami) nampak ada orang dalam longkang itu, dia sangka ada orang sedang menjala ikan.

“Apabila pergi dekat, baru nampak motosikal. Ya Allah, memang tak ada siapa pun tolong dia, kasihan dia terkapai-kapai mahu naik ke atas,” katanya menerusi ciapan di Tiktok.

Katanya, suaminya kemudian meminta pertolongan orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu untuk bersama-sama membantu mengangkat motosikal mangsa naik ke atas.

“Mangsa dilihat lemah dan tidak bermaya dengan keadaan pakaiannya yang basah akibat kemalangan tersebut,” jelasnya.

Pasangan suami isteri itu turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut membantu mangsa.

Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 3.3 juta tontonan dengan 342,700 tanda suka dan 11,600 komen serta 9,697 perkongsian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI