fbpx

Kerja haram ejen warga asing seludup PATI berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang ditahan di Jalan Kampung Sungai Janggut selepas diseludup masuk seorang tekong darat yang merupakan ejen warga asing.

KUALA SELANGOR – Kelicikan seorang ejen warga asing menjadi tali barut dengan memilih jalan mudah menyusup masuk warga asing secara haram hampir setahun lalu berakhir apabila diberkas pihak berkuasa berhampiran Jalan Kampung Sungai Janggut, Jeram, di sini semalam.

Suspek lelaki warga tempatan berusia 37 tahun ditangkap kira-kira pukul 5 pagi bersama sebuah kenderaan.

Turut ditahan adalah 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 22 wanita yang kesemua berusia 16 hingga 51 tahun di kawasan semak berhampiran lokasi tersebut hasil rondaan Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu menjadi tekong darat selepas pendapatan sebagai pembekal tenaga kerja terjejas susulan pelbagai fasa sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Katanya, suspek dikatakan membekal tenaga kerja bagi sektor perladangan, perkilangan dan perkhidmatan iaitu pembantu kedai makan secara sah seebelum ini.

“Apabila pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masih ditutup untuk warga asing, suspek telah menggunakan cara haram untuk membawa PATI masuk.

“Keuntungan yang diterima juga dikatakan lebih besar berbanding kerja secara sah dilakukannya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau memberitahu, suspek dikatakan telah memulakan kerja-kerja haramnya sejak Disember lalu dengan mengaut untung bagi satu PATI sebanyak RM300.

Kata Rizal, kesemua PATI yang ditangkap itu dipercayai berlepas dari Tanjung Balai, Indonesia dengan menempuh perjalanan yang memakan masa selama 27 jam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI