fbpx

Netizen kongsi tips tempah hidangan di restoran makanan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Susulan tular pelancong dikenakan ribuan ringgit bagi hidangan ikan siakap di sebuah pulau peranginan, seorang pengguna media sosial berkongsi tips memesan hidangan di restoran makanan laut dengan cara yang betul.

Seorang pengguna media sosial, Tai Zee Kin melalui hantaran di laman Facebook berkata, budaya makan dahulu, kira kemudian sebenarnya bahaya kerana pelanggan mungkin akan memesan makanan lebih daripada bajet mereka.

Katanya, budaya itu juga kebiasaannya tidak diamalkan di restoran milik peniaga berbangsa Cina terutama sekali melibatkan makanan yang dikira berdasarkan berat seperti makanan laut.

“Biasanya akuarium diletak di bahagian tepi restoran, tempat di mana kalian pilih makanan laut segar. Sudut kanan atau kiri akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama dan harga mengikut sukatan sesuai.

Gambar hiasan

“Tepi akuarium ada penimbang, kalian boleh minta tuan kedai timbangkan sebelum makan atau minta dia buat anggaran berat mengikut kemahuan. Kalau berat diinginkan tidak ada, tuan kedai selalunya akan beri anggaran julat berat,” katanya.

Zee Kin berkata, peminat makanan laut biasanya sudah mengira sendiri harga makanan laut itu mengikut berat yang diambil.

Berita berkaitan: Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor

“Orang cina tidak suka cara makan dulu kira nanti. Kena selalu buat kira-kira sebelum berbelanja, termasuk makan di kedai. Kalau makan besar, siap hitung dulu buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul.

“Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum order (pesan)? Kenapa tidak sebut sahaja ‘siakap tu, bagi 1.5kg cukup’?,” ujarnya.

Zee Kin juga menasihatkan agar orang ramai tidak perlu segan membuat kira-kira sebelum membeli sesuatu bagi mengelak kerugian.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan sekumpulan pelancong terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram di salah sebuah restoran di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini. – K! ONLINE

Berita berkaitan: Pelanggan ‘sesak nafas’ siakap harga kayangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI