fbpx
PELAKON Niena Baharum berkongsi tabiat anak sulungnya yang gemar membaca al-Quran dan yassin.

Baru 3 tahun, anak Niena Baharun gemar baca al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Anak yang soleh menjadi dambaan semua ibu bapa. Perasan sebegitu yang dirasai pelakon Datin Niena Baharun saat berkongsi keletah anak sulungnya iaitu Adiel Mikael, 3, apabila gemar membaca ayat suci al-Quran pada setiap pagi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Niena atau nama lengkapnya Amaniena Kamarul Baharun, 28, berkata, setiap kali Adiel bangun daripada tidur, sudah menjadi rutin anaknya itu akan mencari al-Quran atau yassin walaupun baru berusia tiga tahun.

“Bangun pagi mesti cari al-Quran atau yassin. Dah jadi seperti permainan kegemaran dia. Ke mana-mana mesti kena bawa.

“Walaupun Adiel baru sahaja masuk tiga tahun dan masih belum lancar bercakap, tapi kami perasan bab mengaji laju dia boleh pickup (cepat belajar),” ujar Niena.

Oleh hal demikian, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Demi Dia itu menganggap minat anaknya terhadap al-Quran adalah suatu kelebihan dan anugerah daripada Allah SWT.

“Kadang setiap kekurangan pasti ada kelebihan. Anugerah Allah SWT,” katanya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya, kelihatan Niena sedang mengajar anaknya membaca surah-surah tiga Qul iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Naas.

Untuk info, Niena telah mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2018 bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim. Selain Adiel Mikael, Niena dan suami juga mempunyai seorang anak perempuan, Alyssa Marissa yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

POPULAR