fbpx

Terkuburnya nama Lovelyz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN LOVELYZ

KUMPULAN popular Lovelyz sah dibubarkan. Perkara tersebut disahkan agensi naungan kumpulan tersebut, Woollim Entertainment menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan.

“Ini adalah kenyataan rasmi syarikat kami berhubung penamatan tempoh kontrak eksklusif Lovelyz.

“Kontrak eksklusif ahli Lovelyz dengan syarikat kami dijadualkan tamat pada 16 November ini. Selepas perbincangan dan pertimbangan yang panjang, tujuh daripada ahli Lovelyz memutuskan untuk mahu meneruskan karier atas usaha sendiri selepas ini.

“Hanya Baby Soul yang mahu memperbaharui kontraknya bersama kami. Kami berterima kasih kepada semua anggota Lovelyz untuk tujuh tahun ini,” tulis kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Lovelyz memulakan debut mereka pada 12 November 2014 dengan mempertaruhkan album penuh pertama berjudul Girl’s Invasion.

Kumpulan tersebut kemudian mengeluarkan beberapa lagu hit termasuk Candy Jelly Love, Hi, Joyland, Destiny, Twinkle dan Obliviate.

Lovely kali terakhir menghadiahkan buah tangan kepada peminat mereka menerusi album mini, Unforgettable yang diluncurkan September tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI