fbpx

Vanessa Angel, suami maut nahas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VANNESSA dan suaminya, Febri.

SELEBRITI popular Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur tengah hari tadi.

Memetik laporan portal berita Indonesia, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Daerah Jawa Timur, Gatot Repli Handoko berkata, tiga lagi penumpang lain dalam kenderaan sama hanya mengalami luka termasuklah anaknya, Gala Sky Ardiansyah yang kini dirawat di hospital berhampiran.

“Dua orang disahkan meninggal dunia, tiga orang mengalami luka-luka.

“Dua individu maut tersebut ialah Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah,” katanya hari ini.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya.

Difahamkan, Vanessa dalam media sosialnya beberapa jam lalu dalam perjalanan ke Surabaya bersama keluarganya.

Semalam, Vanessa sempat memuat naik beberapa video meraikan ulang tahun kelahiran adik iparnya, Fuji.

Sementara itu, dalam Instagram, ramai selebriti terkenal Indonesia memuat naik ucapan takziah atas pemergian Vanessa dan suaminya seperti Ashanti, Ivan Gunawan dan Ayu Ting Ting.

Rata-rata peminatnya turut menzahirkan rasa sedih atas berita mengejut tersebut.

Untuk rekod, Vanessa dan Febri bernikah pada 11 Januari 2020 dan dikurniakan Gala Sky pada 14 Julai tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI