fbpx

HOO minat jalin kerjasama dengan KBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZRI (tengah) bersama Roslin (kanan) sewaktu Majlis Pelancaran Kelab Sukan dan Rekreasi HOO di Semenyih, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR – Syarikat pembekal alat pernafasan, House of Oxygen (HOO) berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif HOO, Azri Hamzah mengakui, pihaknya berminat untuk mengadakan perbincangan dengan pihak KBS jika diberikan peluang bekerjasama demi kelangsungan program sukan berprestasi tinggi.

“Jika KBS membuka peluang, kami sebagai usahawan-usahawan peringkat swasta sedia dan tidak salah untuk kita sentiasa menyokong apa yang diperlukan dari segi tenaga, dana atau sebagainya.

“Perkara ini boleh dibincangkan lebih lanjut jika diberikan peluang. Kalau tanya saya, memang saya berminat dengan sukan badminton dan boling,” katanya kepada pemberita sewaktu Majlis Pelancaran Kelab Sukan dan Rekreasi HOO di Semenyih, Selangor semalam.

Majlis itu juga menyaksikan HOO memperuntukkan dana sebanyak RM30,000 kepada kelab berkenaan selain penajaan buat Kelab Badminton Friendship yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Bekas pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Roslin Hashim yang turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan, menyambut baik usaha HOO untuk bekerjasama dengan KBS demi kemajuan sukan tanah air.

“Penubuhan kelab ini adalah satu pendekatan yang amat baik lebih-lebih lagi untuk sukan badminton.

“Inisiatif daripada HOO seperti ini amat dialu-alukan dan saya berharap kita dapat melihat ramai bakat baru yang akan menonjol,” jelas Roslin. – K! ONLINE
habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI