fbpx

Covid-19 : 1.6 peratus kes kategori 3, 4 dan 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak 1.6 peratus atau 93 kes daripada 5,713 kes harian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 98.4 peratus atau 5,620 kes pula adalah kategori satu dan dua.

Menurutnya, dalam masa sama, sebanyak 32 kes daripada 5,713 kes harian dilaporkan hari ini adalah kes import, mendapat jangkitan dari luar negara dengan keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 2,492,343 kes.

“Terdapat 5,865 kes sembuh daripada Covid-19 direkodkan dengan jumlah kes sembuh di seluruh negara sebanyak 2,396,244 kes.

“Selain itu, sebanyak 555 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 280 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, lima kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada empat kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI