fbpx

Britain lulus pil rawat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pil yang direka untuk merawat Covid-19 bergejala telah diluluskan penggunaannya oleh pengawal selia ubat-ubatan di Britain, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Tablet molnupiravir itu akan diberikan dua kali sehari kepada pesakit rentan yang dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Ujian klinikal pil yang pada asalnya dibangunkan untuk merawat selesema itu menunjukkan ia berjaya mengurangkan risiko kemasukan ke hospital atau kematian akibat Covid-19 sehingga separuh.

Setiausaha kesihatan, Sajid Javid menyifatkan rawatan itu sebagai satu perubahan besar.

“Hari ini merupakan hari bersejarah di negara kita apabila Britain menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan rawatan antiviral Covid-19 yang boleh dibawa pulang,” katanya dalam satu kenyataan.

Molnupiravir yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal dari Amerika Syarikat, Merck, Sharp and Dohme (MSD) dan Ridgeback Biotherapeutics adalah ubat antiviral oral pertama untuk Covid -19 yang boleh diambil sebagai pil dan bukannya disuntik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI