fbpx

Berkorban sambut Deepavali demi pantau air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ganesan (kiri) bersama Azmizam (dua dari kiri) sedang mendengar keluhan penduduk semasa memantau air pasang besar di Taman Teluk Gedung Indah di sini awal pagi tadi.

KLANG – Seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah ini terpaksa melupakan seketika sambutan Deepavali apabila bertugas dalam pemantauan fenomena air pasang besar.

B. Ganesan turun memantau seawal pukul 3 pagi melibatkan lokaliti sekitar Teluk Gedung Indah, Selat Damai dan Pelabuhan Klang.

Menurutnya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, tugas menjaga keselamatan orang ramai terpaksa didahulukan dalam mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini termasuk limpahan air yang boleh menyebabkan banjir.

Katanya, dia bersama isteri dan empat anaknya akan beraya di Klang terlebih dahulu sepanjang tempoh fenomena itu sebelum pulang ke kampung halaman.

“Perayaan Deepavali tahun ini serentak dengan fenomena air pasang besar.

“Justeru, demi tugas saya sekeluarga terpaksa melupakan seketika sambutan tersebut bersama ahli keluarga lain di kampung,” katanya ketika ditemui semasa pemantauan fenomena air pasang berkenaan di Taman Teluk Gedung Indah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri di sini hari ini.

Sementara itu Azmizam berkata, air mula pasang pukul 5 pagi tadi dan surut sejam kemudian.

“Saya mendapat laporan tiada rumah penduduk dinaiki air di kawasan DUN Pelabuhan Klang pagi ini.

“Alhamdullillah, benteng yang dibaik pulih setinggi 0.5 meter sepanjang 700 meter berjaya membendung kenaikan air setinggi 5.5 meter,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI