fbpx

1,047 kes baharu VOC dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,047 kes baharu Variant of Concern (VOC) dikesan melibatkan varian Delta (B.1.617.2) yang ditemui menerusi kajian berterusan dari 29 Oktober hingga hari ini.

Kes tersebut dilaporkan di Sarawak (790), Pulau Pinang (56), Johor (55), Negeri Sembilan (34), Pahang (34), Selangor (31), Sabah (16), Melaka (16), Kuala Lumpur (6), Perlis (6) dan Labuan (3).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kajian tersebut dijalankan oleh Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS), UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM) dan Malaysia Genome Institute (MGI).

“Berdasarkan pecahan, IHCM-UNIMAS mengenal pasti sebanyak 790 kes varian Delta (B.1.617.2), UMBI-UKM dengan 113 kes varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE-UiTM pula 96 kes varian Delta (B.1.617.2) dan MGI telah mengenal pasti 48 kes varian Delta (B.1.617.2).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,692 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 3,432 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha. Manakala bagi kes-kes VOI melibatkan 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI