fbpx

Roslan Shah pulangkan semula duit disedekahkan Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan bertindak memulangkan semula wang yang disedekahkan Iqbal kepadanya tempoh hari.

PETALING JAYA – Kesal dengan tindakan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli memijak puluhan wang kertas bernilai RM50 baru-baru ini, penyanyi dan juga pengacara Roslan Shah bertindak memulangkan semula wang yang pernah disumbangkan jejaka itu kepadanya suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, selebriti asal Singapura itu meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan sikap Iqbal apabila dengan bersahaja memijak duit-duit kertas yang bertaburan di atas lantas itu.

“Harap maaf Iqbal Zulkefli, cik Lan (panggilan Roslan) nak beri balik duit tempoh hari Iqbal transfer (masukkan dalam akaun).

“Lagi pun saya tak gunakan lagi. Saya rasa terkilan cara Iqbal pijak duit dan hilang hormat terhadap Iqbal,” tulis Roslan.

Dalam hantaran sama, selebriti berusia 51 tahun itu turut berkongsi tangkap layar butiran pembayaran duit sedekah sebanyak RM1,000 yang diberikan kepadanya pada 22 September lalu.

Ujar Roslan, hanya orang yang berfikiran waras sahaja yang boleh menilai bahawa duit tidak boleh dipijak kerana seseorang itu patut bersyukur  mempunyai duit sebagai sumber rezeki.

“Manusia ada fikiran dan dididik oleh ahli keluarga. Tapi akhir zaman sekarang, duit pun sanggup untuk dipijak-pijak. Apabila saya ternampak di TikTok, terus saya rasa terkilan. Rasa marah pun ada.

“Memang itu hak dia (Iqbal). Tetapi perbuatan itu bukan untuk dicontohi oleh orang awak kerana ramai budak kecil sehingga ke orang tua ada TikTok,” katanya.

Roslan berkata, disebabkan perbuatan usahawan berusia 27 tahun kelahiran Kelantan itu, dia terus hilang rasa hormat kepadanya kerana tidak mahu budak-budak mengikut cara seperti yang dia lakukan (memijak duit).

“Iqbal kena jaga adab, Insha-Allah orang akan senang dan hormati cara kita. Boleh saja cari perhatian untuk popularkan diri, cuma bab pijak duit saya sangat tidak berkenan dan salah dalam agama.

“Duit adalah sumber rezeki untuk disyukuri dan bukan untuk dipijak. Kekayaan hanya di dunia sahaja dan kekayaan di akhirat hanya amalam kita nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Roslan juga turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Iqbal atas kejayaan single sulungnya berjudul Hujan.

Terdahulu, Iqbal sekali lagi menuai perhatian ramai apabila dilihat memijak puluhan wang kertas bernilai RM50 baru-baru ini.

Perkara tersebut tercetus selepas penyanyi, Ariff Bahran berkongsi sebuah video TikTok memaparkan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu berada di sebuah lokasi yang memperlihatkan taburan wang kertas RM50 di atas lantai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI