fbpx

Pesawah rugi benih padi hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABD. RAZAK (kanan) bersama rakannya melihat sawah mereka yang rosak di Hutan Kampung, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Seramai 60 pesawah di Hutan Kampung di sini kerugian kira-kira RM100,000 selepas benih padi yang baru di­tabur rosak akibat ditenggelami banjir sejak seminggu lalu.

Kejadian mengakibatkan benih padi tersebut tenggelam dalam air sedalam 0.5 meter dalam tempoh lama sehingga menjadi masam dan rosak.

Kebanyakan pesawah di kawasan Hutan Kampung A dan B mula menabur benih padi sejak awal bulan lalu.

Pesawah, Abd. Razak Bahari, 63, berkata, banjir mengakibatkan benih padi yang ditabur tiga minggu lalu hanyut selain benih yang sudah bercambah mati akibat terendam.

“Saya terpaksa mencari benih padi baharu supaya dapat menabur semula, namun difahamkan stok simpanan benih padi di MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) sudah habis dan terpaksa mengharapkan benih padi di kedai.

“Sebelum ini saya beli benih padi di MADA pada harga RM35 satu beg dan apabila terpaksa membeli di kedai sudah pasti harganya naik antara RM40 hingga RM45 satu beg dan itu sudah pasti membebankan pesawah,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dia mengalami kerugian kira-kira RM4,000 dalam kejadian tersebut.

Abd. Razak berkata, masalah tersebut mungkin tidak berlaku jika benih padi sampai awal kepada pesawah dan mereka boleh menabur pada tarikh ditetapkan MADA iaitu pada 15 September lalu.

“Jika anak pokok padi telah besar, mungkin kerugian dapat dielakkan kerana akarnya sudah mula mencengkam tanah. ­Kelewatan benih padi pada hari ini terbukti beri masalah,” ujar­nya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI