fbpx

Nak bina otot, Soo-young berdiet buat pertama kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOO-YOUNG

PENYANYI dan pelakon Soo-young cukup terkenal sebagai salah seorang ahli Girls’ Generation yang memiliki selera besar berbanding rakan kumpulannya yang lain.

Biarpun kuat makan, pelakon itu bagaimanapun memiliki bentuk badan yang kurus.

Menerusi satu perkongsian vlog baru-baru ini, Soo-young mendedahkan kepada peminat bahawa dia kini sedang melakukan diet untuk watak dalam sebuah drama baharu.

“Saya berlakon drama baharu, jadi saya perlu nampak sihat dalam skrin. Jadi saya bersenam untuk kekal cergas. Tapi tak kiralah berapa kuat bersenam, badan saya tetap tak ada otot.

“Selepas mendapat nasihat jurulatih, saya perlu hilangkan lemak badan. Sebenarnya saya ada lemak badan yang sangat banyak berbanding apa yang orang lain fikir.

“Peratusan lemak badan saya sangat tinggi. Sekarang saya mula diet buat pertama kali dalam hidup,” katanya.

Demi menghilangkan lemak dalam badannya, pelakon drama Tell Me What You Saw itu berkongsi menu diet yang diamalkannya kepada peminat.

Dia menukar mi yang selalu dimakannya dengan mi tofu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI