fbpx

Kru komik Superman LGBT terima ancaman bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dalam siri komik Superman terbaharu, Jon mempunyai hubungan romantik dengan rakannya, Nakamura. - DC Comics

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Susulan pendedahan watak Superman yang tergolong dalam kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), beberapa kakitangan penerbitan komik ‘superhero’ itu menerima ancaman bunuh dan terpaksa diletakkan di bawah perlindungan polis di kediaman dan studio mereka, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut akhbar TMZ, Jabatan Polis Los Angeles terpaksa ditempatkan di kediaman peribadi beberapa ilustrator dan kru produksi selepas mereka mengadu menerima beberapa ancaman bunuh daripada peminat siri tersebut.

Anggota polis turut diarahkan untuk berkawal di studio penerbitan di Los Angeles bagi melindungi para pekerja daripada sebarang serangan berpotensi.

Siri terbaharu komik bertajuk Superman: Son of Kal-El itu mendapat kecaman peminat disebabkan watak Jon Kent yang merupakan anak kepada Clark Kent (Superman asal) ialah seorang gay.

Pengeluar komik tersebut, DC Comics beberapa minggu lepas mendedahkan bahawa ‘Jon’ akan membuat pendedahan mengenai orientasi seksualnya dalam isu yang akan dikeluarkan pada 16 November ini.

Meskipun menerima pelbagai kritikan, penulis buku komik tersebut, Tom Taylor mempertahankan pilihannya dengan alasan bahawa pendedahan seksual tersebut hanyalah butiran sampingan yang membolehkan golongan LGBT menempatkan diri mereka dalam wira-wira kuat komik tersebut.

Awal bulan ini, penyumbang Fox News, Raymond Arroyo menerusi program The Ingraham Angle dengan penuh kemarahan mempersoalkan pihak DC Comics akan kewajaran untuk menetapkan seksualiti watak ‘superhero’ tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI