fbpx
Angkasawan, Megan McArthur teruja menunjukkan taco yang dihasilkannya di laman sosial Twitter. - Twitter

Angkasawan tanam lada, masak taco di angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengumumkan bahawa angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kini boleh menghasilkan menu popular dari Mexico iaitu taco pedas selepas organisasi itu berjaya menanam lada di stesen tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut penyelidik, ia merupakan salah satu ‘eksperimen paling mencabar’ yang pernah dijalankan oleh NASA.

“Penyelidikan tersebut termasuk analisis mikrob untuk meningkatkan pemahaman tentang interaksi tumbuhan dengan mikrob di angkasa lepas.

“Ia juga melibatkan penilaian kru terhadap rasa, tekstur serta nutrisi lada pertama yang ditanam di angkasa lepas,” demikian menurut kenyataan dari NASA yang dikeluarkan Jumaat lalu.

Lada ini mula ditanam NASA di ISS pada Julai lalu. – Twitter

Angkasawan NASA telah mula menanam tanaman itu sejak Julai lalu sebagai sebahagian daripada penyiasatan Habitat Tanaman-04 NASA.

Sementara itu, seorang angkasawan, Megan McArthur yang berada di orbit sejak April lalu memuat naik hasil tanaman lada tersebut.

“Selepas menuai, kami kini boleh merasai lada hijau dan merah itu dan melakukan kaji selidik untuk mendapatkan data.

“Akhirnya, saya berjaya menghasilkan taco pedas terbaik di angkasa lepas yang berintikan daging fajita, tomato kering, articok dan lada yang dituai,” ciapnya di Twitter. – AGENSI 

POPULAR

BERITA BERKAITAN