fbpx

AADK beri kebenaran khas lawat penghuni pusat pemulihan sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memberi kebenaran khas kepada keluarga atau penjaga untuk melawat peserta Program Rawatan dan Pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara bersempena sambutan Deepavali tahun ini.

AADK dalam satu kenyataan berkata, kebenaran khas bagi tempoh lima hari bermula 5 hingga 9 November 2021 itu bagaimanapun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk hanya pelawat yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan.

“Sesi lawatan khas secara bersemuka itu hanya dibenarkan di negeri yang berada dalam Fasa 4 PPN, manakala negeri-negeri yang belum mencapai Fasa 4 PPN hanya dibenarkan pertemuan secara dalam talian.

“Setiap keluarga atau penjaga perlu membuat janji temu dengan pihak Puspen bagi mengelakkan kesesakan, melancarkan perkhidmatan AADK dan mengelakkan risiko penularan jangkitan wabak Covid-19.

“Permohonan janji temu itu boleh dibuat menerusi pangggilan telefon; mesej pesanan ringkas (SMS), pesanan aplikasi WhatsApp; surat atau emel kepada pegawai pemulihan terlibat,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut AADK, lawatan secara `walk-in’ tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh pandemik dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Puspen berkaitan atau melayari laman web rasmi AADK di www.adk.gov.my.

“Sesi lawatan keluarga itu akan memberi ruang dan peluang kepada keluarga atau penjaga untuk bertemu mesra serta sebagai pendekatan teraputik dalam menyokong klien dalam institusi untuk terus memberi komitmen mengekalkan kepulihan,” kata AADK. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI