fbpx

736 mangsa banjir di Kedah ditempatkan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung berehat di pondok di kawasan rumah mereka yang dilanda banjir kilat di Kampung Sungai Petani, Changlun, dekat sini. /FOTO SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 736 mangsa daripada 200 keluarga yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 4 petang tadi.

Seramai 754 mangsa daripada 205 keluarga dipindahkan pada pagi tadi di 13 PPS di daerah Baling, Kota Setar, Pendang dan Kubang Pasu.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, dua PPS di Baling iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Siong dan PPS Tunku Putera ditutup pukul 4 petang tadi.

Jelasnya, di daerah Pendang, jumlah mangsa kekal 224 orang daripada 53 keluarga di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan 68 mangsa daripada 22 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih.

“Di daerah Kota Setar terdapat peningkatan mangsa iaitu 26 mangsa daripada lapan keluarga di PPS Surau Kampung Permatang Limau dan 23 mangsa daripada tujuh keluarga di PPS SK Tualang, Pokok Sena,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah mangsa di tiga PPS di Kota Setar pula terdiri daripada 80 orang daripada 23 keluarga di PPS SK Langgar.

“Seramai 62 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Suka Menanti dan 108 mangsa daripada 29 keluarga di PPS SK Haji Wahab,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI