fbpx

Untung lebih 3 bilion, pengarah Squid Game langsung tak terima bonus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Squid Game kini merupakan siri paling laris Netflix.

BIARPUN Squid Game merupakan siri paling popular dalam Netflix, pengarahnya, Hwang Dong-hyuk mendedahkan, dia tidak menerima sebarang imbuhan atau bonus daripada gergasi penstriman tersebut.

Bercakap kepada  sebuah portal antarabangsa baru-baru ini, Dong-hyuk berkata, dia bukanlah seorang yang kaya-raya tetapi apa yang dimiliki dalam kehidupan sekarang sudah lebih daripada mencukupi.

“Saya tidaklah kaya mana tetapi apa yang saya ada sudah lebih daripada mencukupi.

“Ada makanan yang mencukupi di atas meja dan tiadalah sampai Netflix beri saya bayaran bonus. Netflix bayar saya mengikut apa yang termaktub dalam kontrak asal,” kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Mengimbau pengalaman duduk di bangku pengarah untuk siri berkenaan, ujar Dong-hyuk, situasi yang dialami memang sangat memenatkan daripada pelbagai aspek.

“Sangat memenatkan dari segi fizikal, mental dan emosi. Saya selalu sahaja ada idea untuk buat semula setiap episod ketika mengarahkan siri berkenaan. Jadi, kerja bertambah rumit,” katanya.

Berkongsi tentang perjalanan pahit yang terpaksa ditempuhi sebelum kejayaan Squid Game, Dong-hyuk mendedahkan, pernah satu ketika, dia terpaksa membuat pinjaman bank kerana kesempitan hidup.

Ujarnya, dari situlah timbul idea untuk membikin filem Squid Game iaitu pada 2009 yang menjadi fenomena global.

“Dari segi kewangan ketika itu, saya memang miskin. Ibu saya bersara dan waktu sama, saya waktu itu sedang bekerja untuk satu filem namun gagal kerana masalah kewangan.

“Kami sekeluarga tidak bekerja selama setahun. Kami terpaksa berhutang dan buat pinjaman – ibu saya, diri saya sendiri dan nenek,” katanya.

Squid Game kini merupakan siri paling ‘bernilai’ Netflix mengatasi Bridgerton. Dianggarkan, keuntungan yang diraih Netflix hasil penerbitan siri berkenaan berjumlah AS$ 887 juta (RM3.6 bilion) – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI