fbpx

Tiga penganjur parti politik dikompaun RM18,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid menunjukkan rakaman gambar diambil pihak polis pada penganjuran program politik di Taman Krubong Jaya yang melanggar SOP di bawah Akta 342.

MELAKA – Tiga penganjur parti politik dikompaun RM18,000 selepas didapati melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) susulan menganjurkan program berunsur kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sejak 26 sehingga 30 Oktober lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, terbaharu, seorang penganjur parti pembangkang turut dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 selepas didapati menyebabkan orang ramai berhimpun sehingga menyukarkan penjarakan sosial di Taman Krubong Jaya pada Sabtu lalu.

“Pada 30 Oktober, pihak polis telah menerima maklumat mengenai aktiviti tersebut dan pemantauan di lokasi mendapati beberapa individu sedang berucap di atas sebuah lori dengan dipasang kain rentang yang bertulis ‘Pilihan Raya Negeri 20 November 2021 Undilah Pakatan Harapan’.

“Program itu menyebabkan kira-kira 40 orang awam berkumpul, susulan itu kita telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM10,000 terhadap individu yang menganjurkan program tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, hari ini.

Tambahnya, sejumlah RM4,000 lagi kompaun dikeluarkan masing-masing terhadap penganjur Perikatan Nasional dan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya turut membuka lima kertas siasatan berkaitan PRN.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI