fbpx

Conte dilantik pengurus baharu Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE sah dilantik sebagai pengurus baharu Spurs sebentar tadi selepas ditinggalkan kosong oleh Espirito yang dipecat kelmarin. - TOTTENHAM HOTSPUR

LONDON – Tottenham Hotspur sah melantik bekas ketua jurulatih Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte sebagai pengurus baharu Spurs sehingga 2023.

Kelmarin Spurs memecat Nuno Espirito Santo selepas mengemudi pasukan tersebut hanya 17 perlawanan dan berada di kedudukan kelapan dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tottenham dalam kenyataannya memberitahu, pengurus kelahiran Itali itu mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontraknya setahun selepas tempoh asal berakhir nanti.

“Saya sangat gembira kembali ke lapangan sebagai jurulatih apatah lagi melakukannya di sebuah kelab EPL yang mempunyai cita-cita untuk menjadi watak protagonis semula,” kata Conte.

Pengendali berusia 52 tahun itu kembali ke London selepas memenangi kejuaraan EPL pada musim pertamanya bersama Chelsea (2016-17) dan Piala FA pada musim kedua sebelum dipecat The Blues pada 2018.

Conte kemudian dilantik mengemudi Inter Milan dan berjaya menjulang kejuaraan pertama Serie A buat Nerazzurri dalam tempoh 11 tahun sebelum meninggalkan kelab gergasi Itali itu pada Mei lepas.

Conte yang juga bekas ketua jurulatih Juventus dan pasukan kebangsaan Itali dikatakan pernah berbincang dengan Spurs untuk menjadi pengganti Jose Mourinho.

Bagaimanapun rundingan tersebut menemui jalan buntu dan akhirnya Spurs melantik bekas pengurus Wolves, Espirito, 47, pada penghujung Jun lalu yang hanya bertahan selama empat bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI