fbpx

Veteran ATM tak berpencen turut terima BKK RM350

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azman (berdiri kanan) beramah-mesra dengan salah seorang veteran tentera dalam majlis Perasmian dan Pelancaran Kutipan Tabung Pahlawan PVATM di Bukit Merah Laketown Resort hari ini. GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 secara one-off kepada sejuta pesara kerajaan yang diumumkan pada Bajet 2022 baru-baru ini akan turut diberikan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK.

Beliau berkata, inisiatif itu telah dilaksanakan pada Bajet 2021 di mana sebanyak RM300 telah diberikan kepada kumpulan pesara.

“Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menganggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 300,000 veteran ATM yang terdiri daripada veteran ATM berpencen, pencen terbitan dan veteran ATM tidak berpencen.

“Namun daripada jumlah itu, hanya seramai 82,000 veteran ATM tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV sehingga 30 September 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, veteran ATM tidak berpencen yang belum berdaftar disarankan untuk berbuat demikian dengan JHEV agar BKK dapat disalurkan kepada mereka menjelang bulan Januari 2022. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI