fbpx

Jual arak seludup di sebalik premis sah terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai (tengah) menunjukkan minuman keras yang berjaya dirampas ketika sidang akhbar di IPD Sentul, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan lelaki menjual minuman keras ‘seludup’ dengan berselindung di sebalik premis perniagaan pemborong minuman keras yang sah terbongkar menerusi serbuan polis, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan ke premis yang beroperasi di Jalan Sentul Pasar itu dijalankan pukul 7 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah daerah.

“Serbuan dilakukan selepas memperoleh maklumat bahawa premis tersebut disyaki menjual minuman keras yang diseludup dari negara jiran.

“Seramai empat lelaki masing-masing dua warga tempatan dan dua warga asing berusia 24 hingga 27 tahun ditahan kerana disyaki menjual minuman keras yang diseludup dari negara jiran,” ujarnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, dekat sini hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas sebanyak 2,720 botol minuman keras pelbagai jenama dan beer dalam tin pelbagai jenis yang dipercayai barang tidak berkastam yang nilai dan cukainya dianggarkan bernilai RM100,000.

“Semakan mendapati kegiatan itu dijalankan sejak setahun yang lalu dengan berselindung di sebalik premis perniagaan berkenaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” ujarnya.

Jelas beliau, kesemua empat suspek tersebut ditahan reman selama tiga hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1965. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI