fbpx

Karier Eriksen di Serie A berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN (kanan) tidak dibenarkan beraksi di Serie kerana masih menggunakan alat ICD pada jantungnya. – AFP

MILAN – Pemain tengah Inter Milan, Christian Eriksen mungkin perlu mencari kelab lain selepas dia tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Serie A selepas insiden serangan jantung pada Euro 2020 sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan kelab tersebut, pemain antarabangsa Denmark itu tidak diberikan keizinan oleh jabatan kesihatan Itali untuk terlibat dalam sebarang aktiviti sukan musim ini.

Pada saingan Euro 2020 Jun lalu, Eriksen berdepan insiden yang hampir meragut nyawanya apabila dia tiba-tiba rebah pada pertemuan antara Denmark dan Finland di Stadium Parken.

“Berikutan masalah kesihatan serius yang dialami pada Euro 2020 Jun lalu, pemain berkenaan (Eriksen) tidak dibenarkan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti sukan pada musim ini,” kata kelab tersebut.

Ketika ini, Eriksen bergantung kepada Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD) sebagai usaha untuk menghalang insiden seperti itu kembali berulang biarpun dia dikatakan sudah berada dalam keadaan terbaik.

Jawatankuasa Teknikal Saintifik Persatuan Bola Sepak Itali, Franco Braconaro menegaskan, bekas pemain Tottenham ­Hotspur itu tidak akan dibenarkan bermain selagi dia bergantung dengan ICD.

“Dia tidak dibenarkan beraksi pada ketika ini. Sekiranya dia sudah tidak bergantung dengan ICD dan kesihatannya semakin baik, barulah dia akan dibenarkan untuk kembali bermain,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI