fbpx

Aziz M. Osman tak boleh jadi macam Mamat Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHILANGAN Mamat turut dirasai rakan seperjuangannya dalam arena pengarahan filem, Aziz M. Osman.

PEMERGIAN Allahyarham Mamat Khalid sememangnya memberi impak besar terhadap industri perfileman negara.

Bukan sahaja ahli keluarga, malah rakan seperjuangannya, Aziz M. Osman antara yang paling merasai kehilangan Mamat.

Paling menyentuh hati apabila Aziz memuat naik satu ciapan Twitter yang membandingkan dirinya dengan kehebatan Allahyarham.

“Mat (panggilan untuk Mamat), aku tak akan boleh jadi macam kau. #mamatkhaliddalamkenangan,” ciapnya baru-baru ini.

Ciapan tersebut mendapat perhatian apabila ramai yang memberi kata-kata semangat untuk pengarah itu terus menghasilkan karya-karya hebat.

“Bagi kami, abang penerus legasi arwah yang sesuai untuk bawa kisah-kisah rakyat ke skrin televisyen dan layar perak,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Setiap orang ada sentuhan magisnya sendiri. Kami sokong abang!” komen seorang lagi netizen.

Nampaknya ramai yang berada di belakang Aziz. Terus hasilkan karya
yang ikhlas dan dekat dengan jiwa rakyat ya.

DIVA: Dengar-dengar, penyanyi Adibah Noor dan Bandi Amuk antara nama besar yang akan menyertai Gegar Vaganza musim kelapan. Betul ke? Tak sabar nak tunggu pengumuman daripada pihak Astro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI