fbpx

Rumah persendirian jadi sarang pelacuran terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menahan enam wanita warga asing dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran dalam satu serbuan sebuah premis di Pusat Bandar Utara Jinjang, Kepong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan menerusi Ops Noda dilakukan pada pukul 9.30 malam itu menyaksikan kesemua suspek berusia di antara 26 hingga 48 tahun ditahan setelah disyaki menjadikan premis tersebut sebagai sarang pelacuran.

“Siasatan awal mendapati modus operandi kegiatan tersebut berselindung di sebalik rumah persendirian dan dipercayai baru beroperasi sejak dua minggu lepas.

“Hasil dari tangkapan yang dilakukan, pihak polis turut merampas wang tunai kira-kira RM200, kondom pelbagai jenama, satu unit tablet, satu unit perakam digital, minyak urut dan minyak pelincir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan salah guna permit pekerjaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-4048 2206. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI