fbpx

Penduduk Korea Utara disaran makan angsa hitam elak kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemimpin Korea Utara percaya angsa hitam merupakan 'senjata rahsianya' untuk menangani masalah kekurangan bekalan makanan di negara tersebut. - SWNS

PYONGYANG – Pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un menyarankan rakyat negara itu agar memakan daging angsa hitam bagi menangani masalah kekurangan bekalan makanan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Akhbar rasmi Parti Pekerja Korea, Rodong Sinmun Isnin lalu menerbitkan sebuah artikel yang menyebut bahawa ‘daging angsa hitam sangat enak dan mempunyai nilai perubatan’.

Laporan itu turut mendakwa bahawa pembiakan haiwan itu pada skala industri akan membantu meningkatkan tahap kehidupan orang ramai.

Saranan itu dibuat selepas Ketua Setiausaha Parti Pekerja Korea wilayah Hamgyong Selatan, Ri Jong Nam, secara rasmi melancarkan pusat angsa hitam baharu, Ladang Itik Kwangpho di daerah Jongphyong.

Pemimpin Korea Utara itu percaya angsa hitam merupakan ‘senjata rahsianya’ untuk menangani masalah kekurangan bekalan makanan di negara tersebut.

Jong-un mengisytiharkan krisis bekalan makanan pada musim panas tahun ini, dan mengarahkan pekerja untuk mencari cara baharu bagi mengatasi apa yang disebutnya sebagai ‘krisis makanan yang berterusan.’ – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN