fbpx

EPMB umum pelantikan baharu untuk pulihkan prospek syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB),  syarikat yang dalam automotif dan kejuruteraan, telah mengumumkan pelantikan dua pengarah baharu dalam Lembaga Pengarah selaras dengan hasrat Kumpulan untuk melaksanakan agenda perniagaan baharu bagi memulihkan prospek syarikat.

Pengerusi Eksekutifnya, Hamidon Abdullah berkata, melalui pelantikan baharu ini, Kumpulan bagitu teruja untuk memulakan fasa pertumbuhan baharu ini dengan membawa bersama pelbagai pengalaman, rangkaian dan pencapaian.

“Walaupun menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini yang mencetuskan pandemik global, Kumpulan yakin bahawa perniagaan semasa akan kekal berdaya tahan untuk tempoh jangka panjang.

“Bagaimanapun, kami akan terus melihat peluang masa depan  dan memutuskan bahawa sekarang adalah masa sesuai untuk meraih peluang inovasi menjangkaui rantaian nilai automotif tradisional,” katanya dalam kenyataan.

Pelantikan baharu itu terdiri daripada Pengarah Bebas Bukan Eksekutif itu  Derek Cheng Sheng dan Pengarah Eksekutif, Mac Ho Kok Wei.

Cheng Sheng, yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam perkhidmatan kewangan, pelaburan dan pengurusan korporat ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kepada Blackstone Group (HK) Limited.

Sementara itu, Mac Ho Kok Wei telah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan ASEAN untuk HKFAEx Group Limited sejak 2020 di mana beliau bertanggungjawab terutamanya untuk mengembangkan perniagaan syarikat itu ke Asia Tenggara, dan Ketua Pegawai Eksekutif SSH Capital Holdings Sdn. Bhd.

.Sementara itu, Hamdan menjelaskan,  Kumpulan itu telah menubuhkan pejabat satelit di China untuk membantu penyumberan dan mengenalpasti peluang kerjasama dengan pembekal Tahap 1 di China.

Bagi menerajui usaha tersebut, Kumpulan telah melantik Pengarah dan Ketua Negara bagi China, Marcus Goh Kee Lun.

“Goh, seorang rakyat Malaysia yang sudah menetap di China selama lebih sedekad, akan membantu menempatkan kedudukan kami di China dan mengembangkan rangkaian perniagaan.

“Rangkaian matang dan kredibilitinya di luar negara digabungkan dengan pemahaman tentang kepentingan kami akan membolehkan EPMB mengadakan rundingan berpotensi dan kerjasama dengan rakan niaga di sana,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI