fbpx

Pulau Langkawi jadi penanda aras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pulau Langkawi menjadi penanda aras sebelum kerajaan membenarkan sektor pelancongan di seluruh negara dibuka kepada pelancong luar negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan akan memantau keadaan di Pulau Langkawi untuk memastikan segalanya berjalan dengan baik.

“Kita telah umum pembukaan Pulau Langkawi sahaja dan bagi seluruh Malaysia kita pantau dulu, barulah kita berani buka untuk seluruh negara.

“Bagaimanapun kita telah bersiap sedia dengan Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan M Karupaiya (PH-Padang Serai) mengenai pembukaan sektor pelancongan negara kepada pelancong antarabangsa.

Nancy berkata, MOTAC menjangkakan sektor pelancongan di seluruh negara dapat dibuka sepenuhnya kepada pelancong luar negara dalam tempoh tiga bulan lagi.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya perkara itu dapat dilakukan lebih awal iaitu dalam tempoh terdekat selepas 16 November atau awal Disember 2021.

“Kita doakan agar ia boleh berlaku dalam masa yang terdekat. Itu bukan janji saya, tetapi itu yang kita cuba usahakan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI