fbpx

KPPK sasar RM204 billion nilai eksport sektor agrikomoditi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida memotong riben sebagai tanda pelancaran kenderaan baru Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) iaiitu sebuah bas yang mempunyai kompenan diperbuat daripada gentian kenaf. - Foto oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan RM204 bilion nilai eksport untuk sektor agrikomoditi sehingga hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, sasaran itu adalah berdasarkan jumlah semasa yang direkodkan dalam tempoh lapan bulan bagi tahun ini.

Menurutnya, pada tahun lalu, sektor agrikomoditi telah menjana pendapatan eksport negara sebanyak RM152 bilion.

“Sehingga Ogos 2021 sahaja, nilai eksport untuk sektor agrikomoditi telah pun mencapai RM137.4 bilion.

“Jadi bagi tahun ini kementerian menyasarkan nilai eksport bagi sektor agrikomoditi adalah RM204 billion,” katanya pada majlis perasmian Keluarga Malaysia: Minggu Agrikomoditi 2021 di sini hari ini.

Zuraida berkata, di bawah subsektor sawit, nilai eksport sawit telah menyumbang sebanyak RM72.8 billion kepada negara pada tahun 2020 dan sehingga Ogos 2021 sahaja, subsektor ini telah mencatatkan sebanyak RM63.7 bilion.

Katanya, bagi industri perkayuan dan perabot, daerah Muar telah diisytiharkan sebagai Bandar Perabot Malaysia yang menajdi lokasi kepada 700 syarikat pengusaha perabot.

“Usahawan perabot ini telah mempunyai rantaian kilang yang besar dan nilai eksport perabot dari Muar sahaja adalah hampir RM7 billion setahun.

“Begitu juga industri koko yang telah menyumbang sebanyak RM6.2 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2020 dan sehingga Ogos 2021 sahaja pendapatan eksport koko telah pun mencecah RM4.5 bilion,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI